Peraturan Pertandingan

PERATURAN PERTANDINGAN 
VARSITY CYCLING CHALLENGE 2017

PERATURAN PERTANDINGAN

  1. Pertandingan ini  akan berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
  2. Tarikh pertandingan adalah pada 29 Oktober 2017 dan peserta akan dilepaskan pada jam 8.00 pagi.
  3. Pertandingan ini adalah terbuka kepada pelajar sekolah bawah 18 tahun, pelajar dan Staf IPT/IPTS seluruh Malaysia serta terbuka bagi kategori yang berlainan.
  4. Acara berbasikal yang dipertandingkan adalah acara lebuhraya dengan jarak 85 km dan 45 km.
  5. Kategori yang dipertandingkan adalah sebagaimana pada borang penyertaan.
  6. Semua peserta dikehendaki memakai topi keledar semasa perlumbaan.
  7. Basikal yang digunakan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya satu brek dan digerakkan oleh tenaga manusia.
  8. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 22 September 2017.
  9. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100.00 bagi semua kategori.
  10. Yuran hendaklah didepositkan ke akaun 04042010000833 Bank Islam dan  perlu mengemukan resit bayaran secara online (WhatsApp atau emel) kepada Pn. Zuraidah Binti Abdullah 019-6207058 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., En. Ahmad Rhafaee Bin Samsudin 012-2646902 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan En. Ahmad Affenday Bin Mohamed Sani 012-6376317 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  11. Penyertaan hanya dibuka pada 600 peserta pertama yang mendaftar sahaja.
  12. Peserta hendaklah membawa segala keperluan & tiada bantuan luar dibenarkan sepanjang perlumbaan (No Team Car)
  13. Feeding Zone akan disediakan di kilometer 40km +-
  14. Peserta tidak dibenarkan berpatah balik & berkayuh menyongsang aliran  perlumbaan.
  15. Peserta hendaklah bertanding dengan semangat kesukanan & tidak bertindak membahayakan semua peserta.
  16. Komisar akan membatalkan peserta yang melanggar peraturan.
  17. Semua Pengurus Pasukan hendaklah mendaftar pasukan pada 28 Oktober 2017, jam 8.30 pagi sehingga 11.30 tengahari di Dewan Pusat Sukan UTeM.
  18. Pengurus Pasukan hendaklah menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan pada 28 Oktober 2017, jam 2.00 petang di Dewan Pusat Sukan UTeM.
  19. Semua peserta dikehendaki berada di tempat permulaan pertandingan setengah jam awal sebelum pertandingan.
  20. Nombor peserta hendaklah dipasang di sebelah kiri badan peserta dan nombor basikal di “handle” bahagian depan.
  21. Semua peserta akan dilepaskan mengikut kategori.
  22. Semua peserta hendaklah mematuhi arahan komisar dan segala keputusan komisar adalah muktamad.
  23. Sebarang unsur penipuan sebelum dan semasa pertandingan akan diambil tindakan keras oleh pihak penganjur.
  24. Peserta tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi ke atas apa-apa perkara akibat dari menyertai pertandingan ini.
  25. Sekiranya ada bantahan dari segi keputusan pertandingan, peserta/pengurus perlulah mengemukakan bantahan bertulis serta bukti dan serahan wang cagaran sebanyak RM300 kepada Bahagian Teknikal selepas 15 minit keputusan dipaparkan. Tetapi jika didapati bantahan tersebut tidak dapat dibuktikan dengan jelas dan meragukan maka duit cagaran tersebut tidak akan dikembalikan.

  
KATEGORI BAWAH 18 TAHUN

  1. Had kelayakan umur ialah peserta yang lahir pada tahun 1999 ke atas.
  2. Peserta atau pengurus perlu mengemukakan kad pengenalan semasa pendaftaran.
  3. Peserta perlu patuh pada peraturan dan menitikberatkan semangat kesukanan yang tinggi.

  KATEGORI IPT/IPTS (PELAJAR, STAF & GURU KPM)

  1. Peserta atau pengurus perlu mengemukakan Kad Pelajar & Staf semasa pendaftaran.
  2. Sekiranya pengurus atau peserta tidak membawa kad pelajar & staf semasa pendaftaran, pihak penganjur tidak akan membenarkan peserta turut serta dalam penyertaan ini.
  3. Had kelayakan bagi kategori staf veteran adalah peserta yang lahir pada tahun 1977, 40 tahun ke atas.
  4. Bagi kategori Pelajar IPT Lelaki & Wanita sahaja hadiah kemenangan akan diberikan kepada individu & juga pasukan.  Manakala bagi kategori staf hanya diberikan kepada pemenang individu sahaja.
  5. Syarat kelayakan untuk menyertai acara berpasukan adalah mempunyai sekurang-kurangnya tiga peserta bagi mewakili satu pasukan (IPT) sahaja yang melayakkan pertandingan untuk kategori tersebut.

  
KATEGORI TERBUKA (LELAKI, WANITA & VETERAN)

  1. Peserta & pengurus adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat di dalam dan luar Negara.
  2. Pengambilan goodies bag hendaklah dilakukan sehari sebelum kejohanan.
  3. Pengurus hendaklah menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi mengelakkan kekeliruan semasa pertandingan.
  4. Had kelayakan bagi kategori veteran terbuka adalah peserta yang lahir pada tahun 1977, 40 tahun keatas.
  5. Peserta diminta mematuhi peraturan pihak penganjur serta menerapkan semangat kesukanan tinggi.
  6. Bagi kategori wanita tiada had umur dikhususkan bagi acara ini.
  7. Peserta diminta mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

  KATEGORI MTB TERBUKA

  1. Peserta & Pengurus adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat di dalam dan luar Negara
  2. Pengambilan goodies bag hendaklah dilakukan sehari sebelum kejohanan.
  3. Pengurus hendaklah menghadiri Mesyuarat Pengurus Pasukan bagi mengelakkan kekeliruan semasa pertandingan.
  4. Basikal Mountain Bike sahaja yang dibenarkan untuk kategori ini.
  5. Pengubahsuaian, Road cranksetrigid forkslick tyre adalah tidak dibenarkan. Hanya tayar off road MTB saiz 1.95 ke atas sahaja dibenarkan.

  
KATEGORI VIP

  1. Peserta adalah terdiri daripada jemputan dan kebenaran penganjur.
  2. Kelayakan peserta adalah bagi yang memegang Jawatan Pengarah (Gred 52) dan ke atas di semua Agensi Kerajaan/ Badan Berkanun.
  3. Penggunaan jenis basikal adalah bebas tetapi perlu mempunyai brek dan topi keledar.

 


VARSITY CYCLING CHALLENGE 2017

 

RULES & REGULATIONS

  1. The competition will be held at Universiti Teknikal Malaysia Melaka ( UTeM)
  2. The competition will happen on 29 Oktober 2017 and participants will depart at 8.00 am.
  3. This competition is opened to school students, staff& students of higher education institutions all over Malaysia as well as an open category for everyone.
  4. The cycling event will be a highway event with the distance of 85 km & 45 km.
  5. Categories in the competition are as stated in the entry form.  
  6. Participants are required to wear helmet during the event. Bicycle must have at least one brake and uses human force to move.
  7. Closing date for entry is 22 September 2017.
  8. Entrance fee of RM100.00 will be imposed to participants who register (any category.
  9. Fees have to be deposited to the account 04042010000833 (Bank Islam) and submit the proof of payment via WhatsApp or email to En Ahmad Affenday bin Mohamed Sani 012-6376317 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., En. Ahmad Rhafaee bin Samsudin 012-2646902 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., Pn Zuraidah Binti Abdullah 019-6207058 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  10. Participation is open to the first 600 registered participants only.
  11. Participants are required to bring their own goods and needs as there will be no external assistance during the race.
  12. Feeding Zone will be prepared 40 km after departure.
  13. Participants are not allowed to turn back and cycle against the flow.
  14. Participants are not allowed to endanger other cyclist and encouraged to compete with sportsmanship.
  15. Commissioner will disqualify cyclist who act against rules and regulations of the competition.
  16. Team managers are required to register their team between 9.30 a.m. to 12.00 noon at Dewan Pusat Sukan UTeM ON 28 Oktober 2017.
  17. Team managers must attend meeting at 2.00 p.m. and the meeting will take place at Dewan Pusat Sukan UTeM.
  18. Participants are required to be at the departure point half an hour before the competition starts.
  19. Participant’s entrance number must be pasted on the left side of their body as well as on their bicycle’s seating pillar.
  20. Participants will depart at different time depending on the category.
  21. Contestants must follow instructions from the commissioner and all the commissioner’s decision is final. 
  22. An attempt to cheat during the race will be penalized by the organizer.
  23. 23. Participants are not allowed to claim any losses from the organizer for joining this competition.
  24. If there is any objection in terms of the result, it must be done 15 minutes after the result has been displayed by handing in proof/evidence and deposit money of RM 300.00. 

UNDER-18

  1. Participants should be those who were born on 1998 and above.
  2. Participants and managers have to present their identity card during registration.
  3. Participants must obey rules and show sportsmanship to each other.

IPT/IPTS (STUDENT&STAFF)

  1. Participants and manager must present their identity card during registration.
  2. Participants for senior category must be those who were born 1976 and above.
  3. For student’s category, prizes will be given to both individual and team winners whereas for staff, prizes will only be given to the individual category winners.
  4. In order to be qualified for the team category, each team must have at least 3 cyclist in their team.
  5. If the participants or manager forget to bring their identity card during registration, they will not be allowed to join the race.

OPEN (MEN, WOMEN & SENIOR)

  1. This category is open to everyone.
  2. Goodies bag must be taken a day before the competition.
  3. Manager must attend manager’s meeting in order to avoid confusion during the event.
  4. Participants for senior category must be those who were born 1976 and above.
  5. Participants must obey rules and show sportsmanship to each other.
  6. For women’s category, there is no age limit.

MTB OPEN

  1. This competition is open to everyone.
  2. Goodies bag must be taken a day before the competition.
  3. Manager must attend manager’s meeting in order to avoid confusion during the event.
  4. Only Mountain Bike bicycle is allowed to be used for this category.
  5. Modification, Road crankset, rigid fork, slick tire is not allowed. Only off-road MTB tire with the size of 19.5 is allowed for this category.

VIP

  1. Participants are those who were invited and with permission from the organizer.
  2. Only those who hold the position of Director and above in government agencies are qualifies for this category.
  3. Any type of bicycle can be used but must have brake and wear helmet.